Thursday, 29 October 2015

Berakhir Sudah

Sedih usah dicerita, sakit tak bisa diungkap. 
Aku redha,aku ikhlas.
Semoga kau bahagia, semoga kau dapat apa yang kau mahu.

Salam sayang. 😶

Sunday, 4 October 2015

BERHENTI BERHARAP



JANGAN BERHARAP PADA SESUATU YANG TAK PASTI,
KERANA KETIDAKPASTIAN SELALUNYA BERAKHIR DENGAN SESUATU YANG KITA TIDAK DUGA.

JANGAN BRHARAP PADA SESEORANG YANG TIDAK SUDI,
KERANA SAKITNYA RASA, HANYA DIA YANG TAHU.

JANGAN MENGHARAPKAN SEMUA YANG ADA KITA DAPAT ADALAH KEKAL,
KERANA SUATU SAAT, KEHILANGAN MEMBUATKAN KITA LEMAH.

BERHENTI BERHARAP PADA SESUATU YANG KITA TIDAK TAHU PENGAKHIRANNYA,

BERHARAPLAH PADA YANG ESA, SELALU ADA WALAU APA DAN SIAPA PUN KITA.


04102015
10:43am
by cahayaamani

Friday, 26 June 2015

Final Exam, Ramadhan, Semester Break, Move On

Assalamualaikum guys ;)

Last jenguk Mr. blog ni Dec taon lepas.. Seingat aku sebab nak exam masa tu.. Stress final punya pasal, Mr blog la tempat yang dicari. Hikss.. Dah jadi habit aku la kot sebelum or selepas exam rajin ank hupdate blog.. Walaupon main point entry kali ni tak sure apakah.. -_-

krik ..... krik ..... krik .... (*pikir topik sat)

Okay dah.. (Mukaddimah) Malam ni aku balik kampung, semalam last paper.. Dengan berakhirnya paper psycho development yg susah macam ape ntah nak cakap (seriously susahhhh nak mamposs), maka tinggal lagi setaon aku punya study.. Next semester bertungkus lumus lagi utk final exam terakhir, lagi satu sem kita berpraktikal la pulokk.. wink2 ;)

 Cuti sem lebih 2 bulan, tapi hati berat nak balik.. Excited kurengg,, cer teka sebab apa? Kalo korang le teka memang terror sebab aku sendiri tak sure alasan apa buat aku tak bersemangat nak cuti.. 

Oh yea, 1st time study kat USM ni merasa suasana Ramadhan kat sini.. Sempat jugak la merasa, dapat jugak pengalaman bila nak cita kat anak cucu cicit tak lama nanti.. Ye dak? Masalah bila berpuasa beriftar kat unibersiti ni kan,, tak taw nak makan apa.. Mula la teringat kat umah tak yah pikir penat2, apa ada kira cukup dah.. Bila kat sini, pikiaqq punya la susah bila soalan nak bukak posa dengan apa arini, kat mana, makan apa.. Soalan susah lebih pada exam.. 
Tapi harini last dh iftar kat Penang ni.. InsyaAllah iftar esok bersama family.. yeeeiiii tasabarrrr!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dalam 2 hari lepas aku ada terpikir, nak move on pasal something.. Nekad la kononnya, sebab penat dah nak pendam makan hati.. Start tayar bas bergolek tinggalkan Penang, nekad nak lupakan apa yang tak patot, and aku nak follow the flow je. Apa bakal jadi 2 bulan lebih seminggu akan datang ni, aku nak pasrah nak redha nak jadi wanita terbahagia.. Aku nak bahagiakan diri sendiri pulak.. Sebelum ni bahagia alhamdulillah.. Tapi sejak sebulan dua yg lepas, semangat dah hilang, rasa bahagia menurun, keserabutan meningkat.. Tanda2 anxiety disorder ke ni ek?? Ke mood disorder? Haha, ape2 jela tapi yg pasti aku nak move on.. Malas nak layan perasaan dah.. Exam ntah kemana, mood ntah kemana dah sejak 2 bulan lepas.. So balik 2 bulan+seminggu ni, aku nak bina balik semangat aku.. (*hope berjaya)

Takde ape dah nak cerita, so now aku nak start tengok cerita.. Layan dulu sementara nak tunggu balik malam ni.. :*

Sebelum tu,, pesan aku, pilihah lelaki yang sayangkan kita lebih dari kita sayang dia.. Sebab nanti bila kita yang terkejar-kejar, rasanya mungkit amat pedihh.. 

Arigato, baibai!!