Friday 29 March 2013

romantik itu sunnah

Assalamualaikum w.b.t and salam jumaat  ~


Sebut ja pasal romantik, ramai la anak2 muda tertarik kan? wah3, kemain korang ek? suka sangat kalau bab2 romantik ni.. But please, romantik kat sini bukan untuk pasangan yang hangat bercinta... so untuk yang sedang "couple" tu, nak romantik boleh.. tapi kawen dulu.. HEHEHE
Best ke kawen? Agak2 kan, best la kot.. xpenah kawen.. haha.. Jom kita ramai2 kawen~ (*gedikk)

so cuweett  :D

Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."

Sifat-sifat yang sempurna inilah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.

Banyak nas-nas dan hadis2 yang meriwayatkan tauladan nabi Allah ini..  


Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW sebagai pengubat hati para isteri.

Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.


credit to ----> iluvislam 

Sunday 17 March 2013

buntu vs kosong vs celaru

Assalamualaikum guys... Bila mood swing, mula la En. blog kesayangan yang aku cari.. Ntah, nak citer kat orang, mungkin orang xpaham aku.. So, ruang ni la aku cari untuk lepaskan yang tersirat di hati.. 

Dah berapa malam hati macam buntu, kosong, celaru.. Asbab nya, aku sendiri pon buntu.. Dah memang sekarang tengah buntu, memang buntu la nak mencari asbab yang bikin aku jadi gini.. Mungkin banyak benda yang aku pikir, campur dengan masalah2 ringan yang kecik2, simpan then lama2 dah xleh nak berfungsi kepala ni ha... 

Or mungkin aku jauh dengan Mu Ya Allah? Mungkin gak kan.. 

Jika benar aku jauh dengan-Mu, dekat kan lah aku Ya Allah.. Jika aku lalai, sedarkan lah aku.. Jika banyak dosaku dengan-Mu, ampunkan lah... Jauhkan lah aku dari azab neraka-Mu..

Sekarang ni kepala dah buntu, kosong, teringin nak kuar p ambik angin.. Kalau la boleh tengok pemandangan alam yang menghijau, laut biru... Tenang siket kot.. Cuba korang tengok ni.. 

~Ku lihat hijau disitu~




Pantai Keracut, Penang..

Tenang kan? Nak je pergi sekarang... Anybody, sape2 boleh tolong bawa kan saya ke situ lagi? Nak ilangkan stress.. 

K babe, adioss... :D

Wednesday 6 March 2013

oh tutorial

assalamualaikum !!

selamat petang uolls.. penat seyhh arini.. walaupon 1st tutorial akan bermula malam ni... sepatotnya dah tengahari tadi dah ada tutor, tapi lecturer xmo start lagi.. hihi.. so malam ni merupakan satu-satunya tutor yang ada minggu ni.. =D

right now, baru je selesai register tutorial untuk subject Psychology.. masalah kot bila lecturer bukak slot yang clash dengan jadual lecture... untuk subject Psycho, ada 5 slot Dr. Azura tu bukak... tapi yang boleh aku n group's member len leh join juz 2 slot je.. selasa petang, and khamis pagi.. yang jadi problem nya, selasa petang tu, dah ramai la yang register.. dia nak 10 group ja satu slot.. kitorang dh terlambat.. so yang boleh masuk, khamis pagi.. time tu pon jadi problem gak.. khamis tu aku punya jadual start jam 9 pagi, abes tak pon, kol 3.. memang xda gap langsung.. ambik pulak tutorial psycho ari kamis jam 8 pagi, OH MY GOODNESS !!!! xleh fikir nak menghadapi hari khamis yang padat.. class pulak tu kalau dekat xpa, ni kalau jauh, tambah lagi prob.. aduyaiii... terkejar2 la jawabnya.... tunggu next week la macam mana...  >.<


k guys, nak rest sekejap sebelum p tutorial.. daaa ~

Saturday 2 March 2013

semester ke-2

ASSALAMUALAIKUM !


wahh.. lame dah xupdate cik blog ni.. huhu.. pejam celik - pejam celik, dah 2 minggu lecture berlalu.. isnin ni masuk minggu ke-3 aku meneruskan pengajian semester ke-2 di USM ni.. cepat nya masa berlalu kan... hrmmm... 

assignment dah beratur mintak disentuh tu.. ado0yaiii... sabar ye wahai assignment.. tuanmu ini perlukan siket saja lagi masa.. hehe... sem ni aku ambik 7 subjects, semua sekali 21 unit.. sama macam sem lepas... hope sem ni memberi 1001 kebangkitan dan perubahan dalam study aku.. aminnn... =D


citer pasal subject ni kan, nak gak kongsi pasal dapat baucer buku (BB1M)... 

 


dapat la aku guna untuk beli buku.. tapi budak management, memang kebanyakan buku wajib beli.. ada quiz on9 bagai, memang wajib la beli buku.. xmacam dak course lain.. hand out je.. terdapat unsur kejealousan disitu.. >.<
management's student memang kena tambah duit sendiri la untuk buku.. but its ok, untuk mencari ilmu, xboleh kedekut kan... hihi

minggu ketiga dah start tutorial... jadual lecture sebelum tutorial bermula, ok siket la.. xde la pack sangat... tapi bila dah tutorial start ni, insyaAllah masa free akan terasa sangat berharga.. huhu.. sebelum ni jadual hari jumaat free ja, xde lecture.. bahagia la sebab minda dah merangka kalau cuti, khamis malam or jumaat pagi dah leh balik dah.. tup2, En. Yusoff buat tutorial hari jumaat.. aduii.. kaku sekejap sebab plan dah xmenjadi..  tapi xpa la, terima je dengan sabar dan tabah... 

so sem ni kena tambah kerajinan, semangat, xleh main2.. insyaAllah aku bersungguh-sungguh sem ni.. berguru dengan pengajaran lalu... insyaAllah.. 

k guys, thanks for spending your time... adioss... :)