Wednesday, 29 May 2013

final exam around de corner


tinggal lagi satu kelas, LSP300 Khamis ni... then start study week... tapi bahang final exam dah terasa nih,, hoho

semalam start ulangkaji, tapi MasyaAllah banyak nya benda nak kena ingat... seriously aku tak taw mampu ke tak nak ingat semua yg aku baca.. 
(-_-) *stress

1st paper 10th June, Business Law kott... mana nak ingat section, mana nak ingat case. Cases lak nak 5 ke atas... 1 topic dah berapa banyak section, berapa banyak cases... cuba bayangkan kalau kena ingat 4-5 topic.. xmasuk lagi subtopic dalam tu.. arghhhhh !!!!! 
hamekk kaww.... jerit mcm ni, ntah benda apa lg yg akn masuk.. HAHA

apa boleh buat.... menjerit pon xguna.. jawapannya kena study, kena hafal, kena ingat la... 

malas nak citer betapa stressnya aku.. meh sini nak tunjuk...

may be gambar boleh menceritakan semuanya... ^^



take 5, snap pics.. huhu


tebal kott.. nota yg lect bagi, buku, jadi blurr skjp nk baca yg mana...


baru 1 subject.. ada 7 lagi beratur... ^_*


dah la,,, merapu lebih... saja hilang bosan... chilll yo~~

Sunday, 26 May 2013

aku mau pulang !!!!


 


seriously aku nak balik.... T_T 



baru abes call ummi.. huhu.. 
sembang dengan ummi n adik.. ummi tanya betol ka tak balik... -_-


 cuti sekolah, best nye duk umah.... semua ada... 
dah ngam2 study week dgn cuti sekolah, tapi terpaksa korbankan study week dengan keputusan stay kt USM... so, wajib study la kan bila decided tak balik sebab nak study...

sem lepas pon xbalik jugak sebenarnya masa study week.... oleh itu, aku teruskan sem ni N insyaAllah sem2 seterusnya dengan stay untuk minggu study... 

bayangkan family ramai2 duk umah,, sape xsedih kan bila kita sorang2 kat hostel ni.. 

xpe2,, xmo pikiaq dah pasal ni.. hope pengorbanan aku tak balik ni memberi sejuta hikmah.. Amennn....  



k lah, chow dulu...



  vvrrroooommmmmm.........................



Wednesday, 22 May 2013

decided already!!

Assalamualaikum!!! Hai uollss...  


dah lama xupdate blog, dah lama xbalik umah, dah lama xdengar suara ummi abah pekcah, dah lama tak tido lewat pagi, semua dah lama xbuat... busy sangat ke sampai tak ada masa nak buat semua tu ek?? ntah, apa yang aku buat selama ni sampai tak sempat untuk semua tu pon aku tak taw... no comment.. HUHU

tetibe malam ni datang mood nak menaip.. so, taip aje la ape2 pon.. janji dalam meluahkan apa yang ada melalui jari-jemari rincingku ini... *kononnya la kan runcig* HAHA

ekcelli, sahabat2 seperjuangan dah decide nak buat keputusan untuk balik masa revision week bertemu dgn family terchinta... but aku,,,,, konfius jugak nak decide balik ke tak.. sorang2 melalui hari2 sepi selama 2 WEEKS!!!!! Oh Ya Allah, sanggup ke duk sorang2?? bukan xmo balik, tapi dah taw kehidupan aku bila balik.. jangan kata buku nak baca, bawak kuar dari beg pon tak la.. so, insyaAllah Allah permudahkan urusan aku... 

So, my sis pon dah cakap xyah balik, dengan rela hatinya aku buat keputusan, stay here... USM dihatiku... HOHO

to my beloved family, 22 June ni anakmu@adikmu@kakakmu pulang.. hehe.. INSYAALLAH!!


Start exam 10th June.. doakan aku berjaya dunia akhirat.. Aminn... 



sama2 doakan aku ye readers... thanks... 

jom tidoqqq... Assalam.. ^^

Wednesday, 8 May 2013

assignment week




ahlan wasahlan wamarhaban bikum.. 

Alhamdulillah pada jam 5.30 a.m. siap 1 assignment lagi.. semalam dah anta 2 assignment, group and individual.. pagi nanti ada lagi satu yg baru siap type, compile, edit.. but.... print, binding belom la.. nanti matahari menjengah tiba, insyaAllah akan siap print and bind... hopefully semua berjalan lancar.. amin....

Minggu ni semua assignment kena hantar.. settel assignment psychology ni, ada lagi satu assignment tunggu untuk disiapkan.. Business Law, due Jumaat akan datang.. jawapannya malam esok berkampung lagi dengan assignment.. HUHU

Hantar assiggnment minggu ni, ada lagi satu... but,,, dengar2 bulan 6 nanti due nya.. so relex siket la yang tu... or mungkin ada volunteer nak buat.. HOHOHO
Tak sabar nak submit semua assignment2 ni.. penat dah nak menghadap kamo0 wahai assignment... >.<






Then lepas assignment weeks, presentation week...aduiiiii... penat kan dengar.. aku yang menanggung lagi la penat... sangat..... HEHE

curik gambar kt google.. *-*

Busy dengan assignemnt, presentation, study entah ke mana... pejam celik, pejam kalau xcelik2,( sedekah al-fatihah n yaasin la ye... HIHI), dah nak final... study week 1st June, paper start 10th... waaaa....... ku terima dugaanMu Ya Allah....  =)



k lah, dah subuhh... sahabat2ku,,, bangun subuh.... ^^

sampai ketemu lagi... daaa...

assalamualaikum 

Friday, 3 May 2013

winduuu


wahhhh.... tetiba update blog petang2 ni... almaklumlah kebosanan bersendirian di kamar Tekun ni.... hoho
sabor je la kan.... 
roomate balik, soulmate pon balik... huk3... :'(
huwaaaaa......... ummi nak balik jugak.... 
tapi apakan daya tugasan yang memaksa aku stay di kamar sunyi ini...
sadiss gile ayat kan.... hmmmmmm


wollaweiii.... xde sape ke nak message ka, call ka... dah la xde orang nak sembag, nset 2 3, 1 tu pon tarak bunyi... naseb hang la mr. blog jadi peneman aku berbicara... HUHU
nak kuaqq tengok wayang, makan2, shopping, tapi sapa nak bawak aku... pleasee angkat ibu jari kaki anda.... :'( :'( 


bosan2 ni, mula la teringat orang, orang, orang dan orang yang tersayang... HEHEHE
siapakah?? ade lettew.... kamo00 la.. ha?? tak nampak... la... kamo0 tu ha, yang ngah baca blog mike le... okay2, xlawak..... >.<


awak,, baca la ni... kat bawah ni ha... baca ek.. ^_^


ha, berani curang?? HAHA

nak lagi? okeh, ambik nih...
cuweet tak? hehe.. maknanya doakan yayang dalam sujudmu dear... :D (*tergedikss)


dah la.. malas nak melebih... asal awak taw saya rindu awak cukuplah... MISHH U DAMM MUCH!!!!!

~MR. FA~


Sunday, 7 April 2013

olla...

now ada kat bumi kelantan... besttt sgt... cuti midsem seminggu.. tapi bukak je cuti, terus ada test marketing..   study belom.. paham2 je la bila kat umah kan.. nak sentuh buku, mo0d tu xmo datang dekat... adeehhh... geram betol la saya....

balik kali ni, besttttttt teramat sangat... kenangan terindah... hewhew
thanks and so sorry dear untuk kesusahan yg ditanggung... love u so much !!!

kalau ada sumur diladang,,, ???? hehe...  hope ada lagi kenangan akn tercipta... InsyaAllah... bahagia bersamamu... <3

hope mood study akan kunjung tiba... hehe... byeeee

Friday, 29 March 2013

romantik itu sunnah

Assalamualaikum w.b.t and salam jumaat  ~


Sebut ja pasal romantik, ramai la anak2 muda tertarik kan? wah3, kemain korang ek? suka sangat kalau bab2 romantik ni.. But please, romantik kat sini bukan untuk pasangan yang hangat bercinta... so untuk yang sedang "couple" tu, nak romantik boleh.. tapi kawen dulu.. HEHEHE
Best ke kawen? Agak2 kan, best la kot.. xpenah kawen.. haha.. Jom kita ramai2 kawen~ (*gedikk)

so cuweett  :D

Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."

Sifat-sifat yang sempurna inilah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.

Banyak nas-nas dan hadis2 yang meriwayatkan tauladan nabi Allah ini..  


Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW sebagai pengubat hati para isteri.

Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.


credit to ----> iluvislam